Jun 23, 2009

Fadhilat Bulan Rejab

sumber dari : Pusat Islam UUM

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud taazim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

WeekEnd d SetiU


Khamis baru ni aku pegi setiu,kg baru my dad..kan my dad kna pindah sana...khamis mlm, lps isyak ktorg satu family(along je xde), pegi ke AGRO RESORT,macik2 aku ada kt sana..saje je menyibuk kt sana bakar2 ayam, sotong...kul 11 mlm, ktorg blk ke kg. fikri..tdo sana umah ayah aku..

Jumaat pagi sesudah solat subuh, kul 6 pagi aku masak nasi goreng..kul 7.15pagi bergerak ke HUTAN LIPUR LATA BELATAN..piknik..huhuhu..besh...mandi manda....kt sini aku ada snap pic utk tatapan kengkawan..

Jun 17, 2009

santai d pantai....





my lovely mom, my sis n i g pantai ptg td.....relax2..aku bosan duk umah....seblm tu, aku g night market jap,beli kebab n rambutan + laicikang...aku dh nk balik, my bro n cousin lak dtg..jmpe je carik kitorg kt situ...

paka ke bangi-putrajaya-cyberjaya-bandar saujana putra-mid valley

hurm...smlm aku bergerak dari paka ke bangi-putrajaya-cyberjaya-bandar saujana putra-mid valley dan kembali pulang ke paka..aku gerak seawal jam 4 pagi.kul 6 pagi singgah hentian gambang, solat subuh..sampai bangi kul 9.30 pagi..amik adik aku,g ofis gmi,terus ke putrajaya jmpe smbody, ke SKMM cyberjaya, jumpe akak2 RAD, ke saujana putra,amik barang ngan pacik aku n last destination is mid valley..1stly aku g makan dulu..domino's piza..jmpe kak teh jap..ronda2 nk beli sandal..tp xberkenan la pulak..almost kul 4 aku pon dh penat, terus gerak blk paka..singgah solat n mkn nasik lemak kt hentian temerloh..dlm kul 7.15 aku sampai kt kemaman, singgah solat lu kt umah macik aku..dlm kul 8 lbh, aku gerak blk paka..9.15 aku smpai umah...mandi..tdo.......

Jun 14, 2009

PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI YANG DISAYANG

  1. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  2. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali2 kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.
  3. JAGALAH MARUAH ANDA SEBAGAI SUAMI DAN LELAKI. SELAGI BOLEH, JANGAN BEBANKAN ISTERI DENGAN MASALAH KEWANGAN ANDA. SELALUNYA PEREMPUAN NI SEMAKIN SUAMI "DEGIL" TAK NAK MINTA PERTOLONGAN, SELAGI ITULAH DIA RELA NAK TOLONG (LAINLAH KALAU ANDA KAHWIN DENGAN PEREMPUAN KEDEKUT).
  4. JANGAN BERSEPAH DAN BERSIKAP PENGOTOR. DAH BUKA BAJU, LETAKKAN DALAM BAKUL BAJU KOTOR, DAH CUNGKIL GIGI, BUANGLAH DALAM BAKUL SAMPAH, BILA DAH GUNA UBAT GIGI, BUBUH BALIK PENUTUPNYA, DAH AMBIL SESUATU BARANG, SIMPAN BALIK DI TEMPAT ASAL. SUSAH SANGAT KE NAK BUAT MACAM TU? SEMUA NAK KENA AJAR KE?
  5. Rajin2lah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  6. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  7. JANGAN MAIN KAYU TIGA. MAIN LAIN LAGI TAK BOLEH. KALAU ISTERI ANDA YANG BUAT, TENTU ANDA TAK BOLEH NAK BERTOLAK ANSUR. JADI MENGAPA ISTERI ANDA KENA BERTOLAK ANSUR KALAU ANDA BUAT..?
  8. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat2lah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
  9. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
  10. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!


SELAMAT BERBAHAGIA DAN BERSAMA MEMPERBAIKI KEKURANGAN YANG ADA DALAM DIRI.. WASSALAM

SHARING IS EVERYTHING!

today is sunday

pagi2 ahad ni tinggal la aku sorang diri..ayah aku dh pegi smlm,khamis ni baru ler balik...demi tugas,kna berpisah ngan kluarga...mak aku lak kluar 6.50pg td...n then 7.10pg aku jadik drebar adik aku..anta p skool...balik umah bagi mkn ayam, bagi mkn kiki , siram pokok2 mak aku.

hurm....aku xtau la apa yg aku nk bt hari ni....boring sesangat...

Jun 12, 2009

mY LoveLY MoM n DaD


Ni mak ayah aku masa kt tanah suci dulu..miss n love my mom n dad so much...
Ni pic adk bradik aku..permata hati mak ayah aku...


makan kenduri..

huhuhu...kenduri..kenduri..kenduri..pkul 11 td aku p ketengah jaya, kenduri kawan abg aku merangkap kwn aku n kwn adik beradik aku.,.hahaha..menu...nasi putih + gulai daging + timun cina@ tembikai + air sirap limau..ermm...besh!!

...menu sarapan...

morning..
pagi ni awal2 pagi lagik aku dh bgun..mndi n then solat..dh siap2 masuk dapur, mulakan tugas pertama...bt sarapan pagi..huhuhu..pagi ni buat nasi lemak + sambal ikan aye@ikan tongkol@ikan kayu +telur rebus +timun..ingatkan nak p makan kt tepi pantai,blh mandi2 laut....tp..ayah aku xbagi la pulak..akhirnya makan aje di rumah...jap lagik aku nk p pasar tani kerteh..saje jenjalan, kot2 ada rezeki aku, leh la beli pape...

Jun 11, 2009

kawin..kawin..kawin..


hi...sepanjang cuti sekolah ni,ramai kwn2 aku dh kawin,,kat sini ada pic kawin ex-romate aku
time diploma dulu..sempat la aku pegi umah dier..6/6 baru ni...congrats to aini n asri...

kata-kata pujangga

"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar
untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."
(Kiriman seorang kawan)

ngah blajo...

huhuhu...thnx a lot to my sifu...ainblossom...

testing..testing...

huhuhu...just nk try je ni...